:: mana hilangnye?? ::
assalamualaikum..
Tiba-tiba aku terpikir sesuatu.. mana peginye tulisan jawi yang dulunya boleh dikatakan terkenal di seantero dunia?? malah jika kita singkap sejarah semasa zaman penjajah terutamanya British, kebanyakan surat hebahan yang mereka edarkan terdapat dalam 3 tulisan.. tulisan cina, tamil dan JAWI… bukankah tulisan jawi melambangkan bangsa melayu.. jika cina masih kekal dengan tulisan mereka, india juga masih ada tulisan mereka, tapi melayu?? kenapa mesti mengagungkan tulisan rumi??
Dalam kita sedar atau tidak, kebanyakan anak muda sekarang seakan sudah buta dengan tulisan jawi.. kalau dulu, akhbar utusan melayu memperjuangkan tulisan jawi agar tidak pupus dalam bangsa kita sendiri.. tetapi kini, nampak seperti sudah terkubur begitu sahaja.. sape yang patut dipersalahkan??? siapakah yang cuba menghapuskan identiti bangsa melayu ni??
Ye, aku menulis entry ni pun dalam rumi.. ni sebab laptop aku x der tulisan jawi.. sama-sama lah kita renungkan kalau apa yang aku kata ni korang rasa betul.. 
*tiba-tiba terpikir lepas dengar ceramah pasal jatuh bangun bangsa melayu *
4 comments:
@ kenapa mesti mengagungkan tulisan rumi?!
Jawi hanya memiliki 17 huruf.
Lebih mudah dari Rumi. Mudah dibaca,
mudah untuk menulis. Mudah-on-mata.
Jawi lebih indah + lebih pintardari Rumi.
-
Semarak Jawi + Khat
http://typophile.com/node/74436
-
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya
yup2... btol tu.. ;)
pengaruh pas jwb exam CTU..
bkan la.... ni akudgr ceramah ustaz zakaria ahmad.. heE~
Post a Comment