Tuesday, February 15, 2011

:: Kerana sepinggan char kuey teow ::

ckt
Menurut wikipedia Char kuey teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.

hari ni bukan aku nak kenalkan korang dengan char kuey teow tu.. aku jamin sume orang dah pnah makan makanan ni.. sape tak pnah makan bgtaw aku korang duduk kat mana nanti aku antar wat delivery bg korang rasa..haha.. aku sebenarnya nak cerita satu kisah pasal char kuey teow ni.. kisah ni berlaku beberapa tahun dulu..

masa tu tempat aku tu tak popular lagi makanan ni.. so tak ramai la yang tahu pasal mende alah tu.. ada la satu kedai ni mula jual char kuey teow tu..kira cam pelopor gak la kat sana.. aku ngan family aku pun pi la kedai tu konon nak rasa apa mende yang dinamakan char kuey teow tu kan..

dengan perasaan yang tak sabar2, aku dengan gelojoh nye panggil akak pelayan tu..terjadi sedikit perbualan antara kami ..

“kak, char kuey teow tu orang makan camner kak?”

“makan mcm tu la..”

“die kira camner ye kak? berapa seringgit?”

“ha? kira sepinggan la.”

“owh ye ke? kalo camtu bagi saya sepinggan je la kak.. makan ramai2  ni.”

“orait..btul ni nak sepinggan je? ramai ni korang..”

“cukup la ut.. nak rasa..”

selang beberapa minit lepas tu sampai la makanan yang di tunggu2 tu..

“ eh kak, kitorang mintak char kuey teow tadi, bukan kuey teow ni..”

“ la, ni la char kuey teow..korang ingat char kuey teow tu camner?”

“la ye ke? saya ingat cam kueh char koi tu..haha”

tak pasal2 kena bantai gelak ngan akak tu..malu plak rasa.. dengan muka setebal buku sejarah aku pun makan la char kuey teow tu sampai abes..haha..tapi sekarang char kuey teow tu da jadi makanan peberet aku dah..hehe

14 comments:

Anonymous said...

WAKAKAKAKKAA!

ALIAA MIZAN said...

wat lawak je....

Sasuke said...

Salam..

Wakaka..
Kah.. kah.. kah...

LOL
;-)

FiqRie Skeleton said...

haha..gelak la ramai2.. aku taw aku sengal..haha

Anonymous said...

char kueh teow mmg sedap giler!

Sasuke said...

weh.. nape ko sentap tibe2 plak..

lek suda..

;-)

sengal2 ko pn tetap comel..

haha..

FiqRie Skeleton said...

mana der sentap.. rentap je..haha

Sasuke said...

Rentap..

"Agi idup, agi ngelaban"..

Ceh, tetiba..

Ap motif ntah??

Cik Waning said...

fuh, lapar char kuey teow lah pulak an~ XD

FiqRie Skeleton said...

sasuke : yeayh.. semangat plak tiba2..haha

cik waning : lapar jom makan..hee

Solihin Zubir said...

ahahaha... buta char kue teow rupanya... haha..

FiqRie Skeleton said...

dulu je bro..sebab time tu x famous agy..haha

iZzuDdin said...

kelaka2...
tp nak cari yg betul2 sedap payah skang...sume stok masak simple2 jer...

FiqRie Skeleton said...

taw x pe.. yang btol2 berkualiti da susah nak cari~~

Related Posts with Thumbnails