![]() |
| "Jika tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan menyorak ketika menang " |
Harimau tenat disembelih Samurai. Mungkin itu boleh menjadi tajuk berita untuk akhbar-akhbar esok. Aku yakin dan pasti ramai rakyat Malaysia tak senang duduk melihat aksi bolasepak yang di tunjukkan oleh pemain pasukan negara tadi. Namun, itulah bolasepak Malaysia. Masih jauh ketinggalan dengan negara yang sebenarnya pernah kita tinggalkan suatu ketika dulu. Tapi itu ketika zaman James Wong, Mokhtar Dahari, dan pemain-pemain lain yang sudah pun dianggap lagenda negara. Lupakan zaman itu, fokus dengan zaman sekarang. Apa sudah jadi dengan bolasepak Malaysia. Ya, kita boleh bangga dengan title sukan SEA dan piala AFF. Tapi harus di ingat, itu hanyalah kejohanan peringkat rantau Asia tenggara atau dalam bahasa lain, kita hanya jaguh kampung. Tak perlu pergi jauh, sekadar kita lihat dalam benua Asia sahaja. Kita berada di ranking ke-25 dari 46 negara Asia dan ke 5 dalam ranking AFF. Ranking dunia pulak? 150.
Apa yang aku nak cakap kat sini sebenarnya pasal pemilihan pemain. Mungkin dari situ puncanya taraf permainan kita agak menurun. Bukan aku nak cakap pemain-pemain yang ada sekarang ni tak bagus, cuma kurang sikit bagus tu. Ok, mungkin aku yang silap bab tu. Coach lagi kenal player dorang. Fine. Cuma aku terpikir, kenapa FAM tak nak cuba panggil pemain-pemain berdarah Malaysia yang sekarang beraksi di liga-liga luar untuk main dengan negara kita. Bila aku timbulkan isu ni, ada pulak yang tanya balik, "nak ke dorang main dengan Malaysia ni?". Jawapannya mudah, kalo ada usaha sungguh-sungguh dari pihak yang berkenaan, aku rasa tak jadi masalah.
Tengok beberapa negara yang berjaya panggil balik pemain yang main liga luar main dengan negara mereka. Contohnya Filipina, mereka boleh je panggil Neil Etheridge yang sekarang main dengan Fulham dalam Liga Perdana England untuk balik main dengan pasukan mereka. Mamat ni bukannya calang-calang, pernah main dengan skuad remaja England. Disebabkan dia ada darah Filipina belah mak, dia terima je.
Kita pergi jauh skit tengok Gabon. Kalau korang layan Piala Negara Afrika baru-baru ni mesti korang kenal Pierre-Emerick Aubameyang. Dia ni dulu pemain U-21 Perancis. Di sebabkan Gabon berminat dan bersungguh-sungguh nak dia main denga Gabon, dia terima je. Tapi Malaysia? Masih dengan polisi nak kekalkan pemain yang menabur bakti di negara sendiri.
Memang itu bagus untuk negara tapi aku tak nampak salah kalau kita cuba panggil pemain yang main kat liga luar tu. Antaranya Takeshi Takeda yang sekarang main di J-league, Brendan Gan yang sekarang dah main kat Sabah pun. Ramai lagi sebenarnya yang ada kat luar tu, tapi perlu ada usaha nak cari je. Mungkin pengalaman mereka main di liga luar dapat kita guna untuk meningkatkan mutu bola sepak negara. Bukan nak kata liga super kita tak bagus, tapi cuma nak upgrade lagi. Tak salah kan?
Aku cakap banyak pun tak guna. Bukan pihak yang berkenaan baca pun apa yang aku tulis ni. Tapi ni la pendapat aku yang dan mungkin berbeza dengan korang. Kalo ada pendapat lain apa kata kongsi kat bawah. Apa-apa pun, Selamanya Harimau Malaya~



3 comments:
apekah pendapat saudara mengenai penonton dan peminat yg mengutuk corak permainan team negara? wajar atau tidak? mengapa?
hehe
tanpa komen macam mana orang nak maju.. so wajar lah ada komen tapi bukan kutuk.. itu berbeza~ hehe:)
apa pula pendapat saudara mengenai komen2 penonton dan peminat tapi disalahanggap kutukan, seperti
"ah kau, player team malaysia pon tk kenal. berangan nk komen"
hehe
Post a Comment