Friday, December 24, 2010

:: Nafi dan Isbat ::

Assalamualaikum w.b.t

Kehadapan pembaca2 sekalian, di harap agar semua berada dalam keadaan sihat wal afiat hendaknye.. eh, dah macam nak tulis surat plak da..hehe.. kalau ada yang kurang sihat tu pi la klinik pastu jangan lupa makan ubat yang doktor bagi tu..kalo x membazir plak jadinye.. bagi yang sihat sejahtera tu, jagalah diri molek2 ye.. sayangi la diri, keluarga dan teman2 korang..

Berbalik kepada tajuk entry kali ni, nafi dan isbat.. mesti korang pnah dengar perkataan ni kan? kalo bagi kaki karoke tu mesti slalu la dok sebut perkataan tu bila korang nyanyi lagu kumpulan damasutra yang tajuknye sufi.. tu pun kalo korang perasan la, kalo korang feeling sangat dok melalak tu maybe x prasan kot..hehe

“Nafi dan isbat kau sandingkan sebagai tali pegangan”

Apa yang di katakan nafi dan isbat tu ye?? dari apa yang aku baca dan aku tny orang yang lebih arif, nafi dan isbat ni banyak di kaitkan dengan kalimah syahadat ‘ la ilahaillallah ’. Nafi adalah menolak sama sekali. Isbat adalah menerima sebenar2nya. Nafi dan Isbat perlu disertakan dengan yakin, jika ada keraguan nafi dan isbat tidak sempurna. masalah nafi dan isbat ni banyak terlibat dalam kalimah syahadat ‘LA  ILAHA ILLALLAH’;

  • orang Mubtadi menafikan Ketuhanan yang lain selain daripada Allah dengan mengisbatkan Allah sahaja yang bersifat dengan segala sifat-sifat Ketuhanan;
  • orang Mutawassit menafikan syak dan waham,  maksud dan tujuan yang lain dengan mengisbatkan semata-mata kerana Allah,  manakala
  • orang Muntahi pula menafikan akan Wujud dirinya dan sesuatu yang lain dengan mengisbatkan wujud Allah semata-mata.

Apa plak yang dimaksudkan dengan golonga yang di sebutkan di atas tu ye? macam ni :

  • golongan Mubtadi atau mereka yang baru mula belajar untuk mengenal makna agama yang sebenar
  • golongan Mutawassit atau mereka yang pertengahan;
  • golongan Muntahi iaitu golongan Arifbillah yang telah sampai kepada Allah.

Tak paham jugak ye? mari kita tgk contoh kat sini untuk difahami akan perbezaan pendirian dan pemahaman golongan-golongan ini;

  • golongan awam akan melakukan sesuatu ibadat kerana dipandangnya ibadatnya itulah yang akan menjauhkannya daripada azab neraka dengan mendapat ganjaran syurga nanti;
  • golongan khowas pula akan melakukan sesuatu ibadat semata-mata kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah tanpa memikirkan ganjaran syurga atau neraka manakala;
  • golongan khowasul khowas pula tidak sedikitpun memandang akan wujudnya amal-ibadatnya hatta diri sendiri lenyap dalam lautan Musyahadah dengan memandang wujud Allah semata-mata.

Maka untuk mendapatkan jalan Tauhid yang sebenar benarnya itu hendaklah kita ketahui dengan sempurna pengetahuan didalam bicara berkenaan Nafi dan Isbat. Oleh kerana didalam Nafi dan Isbat itulah duduknya Tauhid dan Ma'rifat.

Adapun sebenar benar hakikat Nafi itu Isbat dan hakikat Isbat itu Tauhid, manakala hakikat Tauhid itu Ma'rifat. Oleh kerana itulah sabda Nabi s.a.w.

" La yufarriqu bainan nafi wal ithbat, man faraqa bainahuma fahuwa kafirun"

Tiada becerai diantara Nafi dan Isbat, barang siapa memisahkan maka kafirlah dia.

Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana korang Nafikan sesuatu yang mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang korang mesti Isbatkan itu sesuatu yang mustahil bagi Allah. Bila mana korang nafikan sesuatu yang haq bagi Allah maka tak dapat tidak yang korang Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka faham daripada kata-kata ini bahawa tidak syak lagi bila mana korang Nafikan Zat korang maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat korang, diisbatkan Sifat Allah, Nafikan A'fal korang diisbatkan A'fal Allah, Nafikan asma' korang, diisbatkan Asma' Allah. Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki.

Satu perkara lagi yang aku nak kongsi skit pasal tahlil.. harus di ingat bilamana korang menghadiri tahlil2 yang diadakan kat mana2 x kira rumah orang ke , masjid ke, korang mestilah bertahlil bersungguh2.. sebab bila anda tahlil tapi hati x ingat kepada Allah, maka tiada ganjaran pahala yang diberikan.. Tak sama seperti kalo korang membaca Al-Quran.. kalo korang baca saje tanpa ingat Allah pun dapat ganjaran.. tapi lebih afdhal la kita baca Quran tu kita ingat pencipta nya kan?

Sampai sini je yang mampu aku kongsi ngan korang.. kalo ada yang lebih arif dalam hal ni ley la share2 ngan semua.. share kat ruangan komen tu.. kalo ada salah fakta yang aku kongsi ni tolong betulkan.. kan sharing is caring.. btol x?? Smile

Jumpa lagi.. sebelum tu meh la layan lagu damasutra – sufi..salam

 

 

sumber rujukan di sini :

 

  1. link 1

  2. link 2
  3. link 3

No comments:

Related Posts with Thumbnails