I’m back !! eh, kata next year nak kembali tapi x tahan sangat dah nak menaip.. emosi pun dah stabil dah ni.. ni pun bosan dok saje dah x taw nak buat apa..hehe.. keje mengelamun je.. tengah2 dok mengelamun pikir nak kawin masa depan tetiba ter'flashback’ ke zaman lampau plak.. x der la lampau mana pun sebenarnya.. time kecik2 dulu je..
korang sume pnah dengar atau tengk citer silat lagenda?? kalo sape2 x taw mmg rugi la kot.. hehe.. ni filem animasi pertama kat malaysia ni.. lagi awal dari upin ipin tu.. filem ni kuar tahun 1998.. masa tu aku darjah dua.. btol korang x taw citer ni?? kalo taw bagus la..
sinopsis citer ni lebih kurang mcm ni :
“ Filem ini sebenarnya tidaklah berdasarkan secara langsung kepada kisah legenda zaman silam, tetapi mengambil asasnya dari kisah keperwiraan Hang Tuah lima sahabat di zaman silam. Kisahnya bermula ketika Melaka di abad ke-15 dengan pertentangan dua orang pahlawan gagah iaitu Seleman dan Mona, yang mana pemenangnya akan menguasai lima bilah senjata misteri. Apabila Mona gagal mendapatkan senjata-senjata tersebut, dia terus berdendam dan masih cuba menguasainya walaupun dengan menggunakan kuasa sihir. Ratusan tahun berlalu, lima bilah senjata sudah ditukar menjadi keris dan disimpan di sebuah gua di Gunung Ledang, dan Mona ditidurkan dalam tempoh itu. Mona hanya dijagakan semula dari bekuannya itu bilamana lima orang anak muda di abad ke-21 yang amat berminat dengan kisah keperwiraan Hang Tuah dan sahabatnya berjaya menemui senjata-senjata tersebut dan cuba memulihkan kuasanya. Pertarungan antara kuasa jahat dan baik bermula semula.”
sampai skrg aku masih tercari2 sape la yang ada simpan cd citer ni.. aku dok ushar2 kat internet nak download sampai sudah tak jumpa.. sape2 yang ada sumber2 tu bleh la kongsi2 ye.. kalo nak jual pun aku sanggup bli.. tapi jangan la mahal2 sgt..hehe
sebelum korang kluar page ni meh la layan lagu tema citer ni dulu.. pastu korang pi la wat keje korang plak ye.. c yaa~~
No comments:
Post a Comment