Friday, January 14, 2011

:: mengapa itu terjadi ?? ::

Assalamualaikum…

Dengan semangatnya aku nak pi kelas BEL442 pagi ni, tetiba hujan turun dengan lebat plak. (ada je alasan nak bagi). Terpaksa la cancelkan niat tu..sorry ye madam..bukan sengaja tak nak pergi. saya buat kerja kat rumah je la ye. (:

Pagi ni aku terpikir plak pasal budaya ‘senioriti’. korang yang pernah duduk asrama mesti taw pasal tu kan? tapi aku rasa yang tak pernah merasa duduk kat asrama pun taw pasal istilah tu. istilah tu la paling aku tak suke nak dengar. aku nak tanya korang, apa faedah budaya tu di amalkan? (sila jawab di bahagian komen ye).


seniority
Tak rase ke biler kita buat mende tu kat junior kita, junior kita makin hilang rasa hormat kat kita? padahal tujuan asal nak suruh mereka hormat kita sebagai seorang senior. memang la tak salah nak mereka hormat kita, tapi kena la cara yang betul.. ni tak, kita hukum mereka biler mereka wat ‘salah’ padahal mende tu kita pun buat. malah lagi teruk lagi dari tu. kalo hukum setakat ketuk ketampi ke, tekan tubi 10kali ke, aku pun boleh terima lagi. tapi kalo dah sampai mandikan  mereka dengan air sampah tu, sape boleh terima. apa hak kita nak buat macam tu kat mereka?


kita kena ingat kita tujuan kita datang kat tempat tu nak belajar. mereka pun nak belajar jugak. jadi taraf kita dengan mereka sama je sebenarnya. ada yang tanya, kalo yang ada pangkat tu macam mana plak? contohnye dalam sesebuah badan beruniform atau persatuan. kalo aku senang je bagi jawapan, pangkat tu hanya dalam badan beruniform tu je la, luar daripada tu sama je tarafnye. so, apa beza kita dengan mereka? pangkat tu di beri bukan untuk sebagai lesen untuk kita menghukum orang sesuka hati.


office-space-05-750958
aku pernah jugak dengar citer ada junior kena hukum sebab tak bagi salam kat senior bila mereka bertembung. apsal pulak senior nak hukum junior dengan alasan tak bagi salam? apa salahnye kalo sinor tu yang bagi je salam kat junior tu. bukan luak pun maruah kalo kita sebagai senior bagi salam kat junior. tapi aku rasa junior tu akan rasa lagi hormat kat kita. betol tak?
pastu ada lagi yang citer yang aku dengar. time orientasi , biasanya ada la sesi berkenalan junior dengan senior. konon-konon untuk  beramah mesra la. tapi macam mana nak mesra kalo time nak berkenalan tu pun ada yang dah bagi task pelik2..suruh jilat lantai la, suruh 5  orang duduk bawah meja yang sempit la, dan ada lagi la yang kurang boleh diterima akal.

sebenarnya budaya ni dah jadi warisan turun temurun sebab yang junior mesti akan rasa tak patu mereka kena tapi biler mereka dah jadi senior, junior dorang tak plak merasa semua tu. korang nak ke mende tu jadi kat anak-anak korang nanti?

k la. korang pikir-pikirkan la apa yang aku cakap tu betol ke tak. kalo tak betol korang bgtaw. aku ckp dari pandangan aku je. korang nak terima atau tak terpulang la.. nak sambung buat system lak ni. jumpa lagi.. bye2

Assalamualaikum..

No comments:

Related Posts with Thumbnails