Salam..Buat pertama kali nye aku tulis pasal filem. aku tulis ni pun sebab aku dah tengok citer ni. mungkin ada antara korang yang dah tengok kot citer ni. tapi kalo yang belum tu, boleh la tengok kat wayang nanti ye. hehe. filem ni akan ditayang pada 27 Februari 2011. jom kita review skit filem ni.
FILEM: The Green Hornet
ARAHAN: Michel Gondry
PELAKON: Seth Rogen, Jay Chou, Cameron Diaz, Christoph Waltz dan Edward Furlong
GENRE: Aksi Komedi
TAYANGAN: 27 Januari 2011
ULASAN: Murshid Eunos
The Green Hornet menceritakan pewaris syarikat surat khabar yang kaya-raya, Britt Reid terpaksa berdepan dengan kehidupan sebenar selepas kematian mengejut ayahnya, James Reid lakonan Tom Wilkinson. Mana tidaknya, sebelum itu, Britt hanya seorang anak yang tidak komited terhadap kerjaya dan gemar berfoya-foya.
Bagaimanapun, Britt kemudiannya bertemu dengan salah seorang pekerja ayahnya yang punya keistimewaan tersendiri hingga dia menjadi orang kepercayaan ayahnya ketika hidup iaitu Kato. Mereka mula bersahabat baik kerana Britt lihat Kato ada kekuatan yang tiada pada yang lain di mana Kato berkebolehan mencipta pelbagai senjata hebat dan cekap dalam seni mempertahankan diri.
Britt mula bersatu dengan Kato bagi merealisasikan impiannya dan mencari punca sebenar kematian ayahnya. Misi penuh bahaya itu turut dibantu oleh seorang setiausaha baru Britt, Lenore Case lakonan Diaz.
Mereka berjaya mencari dalang yang bertanggung jawab selepas menempuh pelbagai cabaran dan babak pergaduhan yang cukup mengerikan. Bagaimanapun, Britt yang mudah diperdaya cepat lupa diri dan menyimpan persepsi negatif terhadap Kato. Timbul pula kemelut di antara mereka namun Kato kembali menyelamatkan nyawa Britt yang sudah diperangkap.
Secara kasar, filem aksi yang diselitkan seribu satu elemen komedi dalam setiap babak lasak ini tidak hanya berfokus pada aksi lasaknya semata-mata sebaliknya terdapat banyak mesej yang tersirat di sebaliknya namun diterjemah dalam samar.
Lakonan Cameron Diaz masih seperti biasa tanpa sebarang pembaharuan atau sesuatu yang berbeza. Manakala Jay Chou banyak membantu menghidupkan plot cerita keseluruhan dan menguatkan lagi watak utamanya, Seth Rogen.
Sesekali ada juga jenaka yang berlebihan yang dibantu dengan visualnya yang ada kalanya langsung tidak logik mengundang rasa bosan kepada penonton. Malah seperkara yang jelas tidak berkesan adalah penggunaan sistem 3D yang bagai tiada impak kepada penonton.
Kesimpulannya, The Green Hornet adalah pilihan sempurna buat mereka yang gemarkan karya berunsur komedi slapstik. Gelak tawa tanpa henti tetapi masih ada lagi elemen aksinya.
*p/s : bagi aku tak rugi la kalau korang tengok citer ni.. aku bagi citer ni 8/10..tengok yang biasa pun dah cukup dari tengok yang 3D.. tapi aku taw lain orang lain pendapat.. kan? selamat menonton bagi sesiapa yang nak tgk tu..
No comments:
Post a Comment