Apa pandangan korang bila tengok rakan-rakan korang yang berpakaian macam dalam pergi kelas? Dengan kemeja lengan panjang, bertali leher, berseluar slack dan berkasut hitam lagak seorang penjawat awam.. kompem akan timbul pelbagai tanggapan terhadap mereka yang berpakaian sedemikian.. mesti akan ada yang di label skema la dan hape bagai lagi..yang puji pun ada jugak.. itu terpulang kepada individu untuk menilai..
Bagi sesetengah IPT, ada yang menguatkuasakan cara berpakaian ke kelas.. Seperti contoh UiTM menggalakkan (wajib) pelajarnya memakai pakaian korporat seperti diatas pada hari isnin sahaja.. kalau di UUM pula, difahamkan pelajar siswanya diwajibkan memakai tali leher setiap hari hinggakan mereka tidak dibenarkan membuat urusan rasmi apatah lagi menghadiri kelas jika tidak bertali leher.. kalau dah bertali leher kompem2 la kena pakai macam dalam gambar tu kan? korang sanggup ke kalo hari-hari kene pakai macam tu? aku cakap awal2 memang tak sanggup..haha
Tapi sebenarnya, apa yang di buat oleh pihak universiti tu sebenarnya ada positifnya.. mungkin kita tak nampak lagi sekarang sebab kita masih belum sampai ke tahap yang sepatutnya.. korang akan lalui jugak mende ni biler korang dah masuk alam perkejaan nanti.. lagi-lagi yang masuk government tu.. memang tak boleh lari la.. swasta pun ada yang ambil berat gak pasal ni sebab nak jaga imej syarikat dorang.. Jangan kata biler dah kerje, nak interview kerje pun orang dah tengok dah cara pemakaian korang tu.. kalo korang jadi bos pun, ada ke korang nak ambil pekerja yang pakai selekeh-selekeh ni? mesti la tak kan? nak kerje sendiri pun kene kemas la jugak.. kalo tak macam mana kita nak deal ngan orang kalo kita pakaian kita pun selekeh je.. orang pun tak berapa nak percaya kat kita..
Kalau pakai pakaian biasa pun pergi ke kelas, mesti ada etika nye jugak.. kalau boleh elakkan la pakai selipar apatah lagi selipar jepun.. buruk benor nengok nye.. kalau kaki lawo tu takper la jugak...haha.. tak salah pun kalau pakai kasut sebab aku rasa tak luka pun kaki tu kalo pakai kasut.. lagi selamat ada la.. silap2 haribulan ada plak awek terpikat tengok korang pakai smart2 walaupun muka tu xder la smart mana..just sebab berpakaian je awek da jatuh hati.. hehe.. tengok budak kat atas tu, smart je kan pakai complete.. korang try la jugak..
So terpulang kat korang la nak pilih cara yang mana kan.. aku just bagi pandangan dan pendapat aku je.. untuk kepentingan korang gak.. renung-renungkan dan selamat beramal~~
.: penampilan melambangkan personaliti :.
nota kaki: *dapat kesedaran ni lepas kene sama sebab tak pakai tie.. pastu dengar plak talk dari kaunselor pasal etika pemakaian..hehe*
5 comments:
satu ayat jer..
menunjukkan profesionalisme..
U aku tak kisah tak pakai formal..yang penting baju berkolar dan pakai kasut atau sandal..
tapi nanti dah masuk clinical year memang dah wajib pakai cenggitu..takkan nak pakai selekeh depan patient..haahaa.
btol tu jen... professionalisme tu penting~
Tahniah, penulisan yang baik.Tetapi kenapa tidak diselitkan dari sudut negatif?
Penulisan anda akan lebih baik sekiranya tidak memberikan kata putus buat pembaca tetapi memberi pilihan kepada pembaca untuk memilih mana yang lebih baik.Anda hanya sebagai pemudah cara bagi pembaca.
Keep it up, nice blog ;)
thanx for ur comment anoynymous..
insyaAllah akan diperbaiki dari semasa ke semasa ... :)
Nice post...
Sebenaqnya ....Ada banyak lagi cara lain untuk menunjukkan professionalisme selain daripada berkemeja dan tali leher.Cth... Mutu kerja yang tinggi, perlakuan yang positif terhadap kerja, pandai menyimpan rahsia syarikat dan banyak lagi.
Pada asalnya, tali leher adalah untuk memanaskan leher bagi orang Rom kerana negara mereka beriklim sejuk.
Kita nie dari Malaysia, negara beriklim Khatulistiwa. Jadi, memang tak masuk akal laa kalau diwajibkan untuk memakai tali leher apatah lagi pakaian formal.
Para pelajar UiTM sepatutnya diberikan kebebasan untuk berpakaian asalkan ianya kemas dan menutup aurat. Ni tak, buka aurat takpe.
Sebagai ex-uitm, saya sekarang benci pakaian formal. Sebab kene paksa pakai formal.
Sekarang, saya tak pernah pakai kemeja dan tali leher untuk ke pejabat. T-Shirt, jeans dan Sandal jee.
Kalau kita lihat pejabat kerajaan, contohnya Gemeente di Belanda dan Belgia dan Rathauss di Germany pada musim panas,meraka pakai jeans dan t shirt jee. T-shirt pon kadang2 berkedut... tp service tip top
Saya hanya pakai formal bila...
Conference dan apabila menghadiri upacara rasmi... Tu pon ada member2 saya yang anti establishment sengaje pakai t-shirt n sandal :)
Post a Comment