Saturday, May 7, 2011

:: Special Entry ::

salam..

Entry khas ini adalah untuk seseorang yang sangat bermakna dalam hidup aku.. tanpa beliau aku rasa tak akan wujud aku dalam dunia ni. Insan yang banyak menaburkan jasa kepada aku tanpa kenal erti penat lelah.. tak jemu-jemu melayan kerenah aku dari kecil sampai umur aku sekarang. tak pernah bosan mendoakan kejayaan anak-anaknye. beliau yang aku maksudkan adalah ibuku yang tercinta, Puan Dayang Bt Man. ampunkan anakmu yang banyak berdosa kepada mu.. semoga segala pengorbananmu akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah..


~ love you so much ~

lagu ni aku dedikasikan untuk beliau~


 

ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu? kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan?
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

*Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu dan juga yang bakal jadi ibu*


Related Posts with Thumbnails