Monday, May 9, 2011

:: Long journey ::

Salam.. sebelum aku membebel panjang, aku nak ucapkan tahniah buat pasukan  MU sebab dah menang liga perdana inggeris untuk kali ke-19 selepas menewaskan Chelsea 2-1.. kecewa ngan match tadi.. 

3134618706_f92d1eae9e

Secara rasminya tepat jam 3.55ptg (patutntye 5.15 tapi kluar awal exam..hehe) tadi tamat lah semester 4 aku sebagai pelajar jurusan Sains Teknologi Maklumat di UiTM ni.. Macam2 perkara dan pengalaman baru aku dah lalui semester ni.. ada masam, ada manis, ada msin, tawar pun macam ada gak.. kira pakej la sume tu.. orang cakap pengalaman mematangkan kita kan? so kira aku dah matang la ni..hehe

Biler dah abes exam maknanya cuti pun bermula la.. kali ni cuti yang diberi agak panjang la macam sume taw kan.. 4 bulan tu weh.. macam-macam plan ada dalam pikiran ni.. kalo dok rumah je boleh mati kebosanan aku rasa.. first perkara yang aku kene buat cari duit poket dulu.. nak cari duit mesti la kene kerje kan? nasib baik kerje pun dah ada.. esok dah mula kerje ngan studio gambar untuk istiadat konvokesyen UiTM ke 74.. walaupun dua minggu je harap-harap duit poket masyuk la.. boleh la aku proceed ngan plan lain plak..

Money-pic

Bulan 6 baru aku boleh balik ke kampung halaman sebab lepas kerje dua minggu tu ada plak program yang kena uruskan.. lama lagi tu.. ak sabar dah rasanya ni.. ok, cakap pasal cuti nanti.. apa yang aku nak buat mesti la rehat kat umah puas-puas pastu pi cari duit lagi.. dah ada duit banyak bleh la aku pi melancong ke jepun ke, paris ke.. haha.. angan-angan tinggi gler.. aku macam teringin nak jadi cikgu la plak.. ngajar budak2 sekolah rendah pun jadi.. agak-agak aku layak tak jadi cikgu?hehe..

Aku ada jugak dengar citer ada member-member yang nak kahwin time cuti ni.. kalo btol la nak kahwin jangan lupe jemput makan nasi minyak tu.. nak suruh tolong basuh pinggan pun boleh.. haha.. aku dah ngantuk dah ni.. nanti makin merapu plak aku tulis.. baik aku berhenti dulu sebelum apa-apa terjadi.. hehe..

~Selamat bercuti kepada kawan-kawan semua~

6 comments:

ALIAA MIZAN said...

taniah mu mng...slmt bercuti

ZainabAl-Jahsy said...

amrie tolong basuhkan pinggan kt umh aku nih. hehehe

Sasuke said...

Salam..

Amboi... vacation mne nye ni?

FiqRie Skeleton said...

jenab : ko nak kawin da ke? boleh2..haha

sasuke : x taw lagi la.. kerteh kot..haha.. apa plan cuti?

Sasuke said...

hehe..

vacation kt hometown na?

FiqRie Skeleton said...

ye la kot.. dwet xder lagi nak g jauh2~

Related Posts with Thumbnails