Selepas sejarah 10 November 2007 dicipta, satu lagi perhimpunan yang diberi nama BERSIH 2.0 telah terpalit dalam lipatan sejarah negara. Tarikh 9 Julai 2011 pastinya akan terpahat dalam buku sejarah yang menunjukkan kebangkitan rakyat di Malaysia. Sama juga skripnya pada 2007, perhimpunan ini pada asalnya bertujuan untuk menuntut pilihanraya di adakan dengan lebih telus. Namun, oleh kerana tidak mendapat permit, perhimpunan tersebut telah di kategorikan sebagai perhimpunan HARAM.....
Aku rasa, pihak yang nak buat perhimpunan ni kene ubah strategi la lepas ni. Baru dapat kelulusan. Contohnye buat atas nama konsert macam si justin bibir nye tu.. konfirm la dapat. jangan kata Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil pun dorang bagi. Ni buat atas nama pilihanraya. Gigit jari la korang nak berhimpun dengan aman. Tak pun jadi kan perhimpunan sejuta rakyat macam kat Putrajaya hari tu. Masukkan sikit konsert2, aktiviti hiburan sume, pameran..sah permit dalam tangan la. yang tukang bagi permit tu suke sangatla.. silap haribulan dorang pun join sekaki kot. kan untung tu.
![]() |
| Justin Bibir |
| Himpunan Sejuta Belia |
Sekarang tengok apa yang dah jadi? Jangan kata nak g berhimpun dalam stadium, nak g depan pintu pun tak lepas. Polis da block awal-awal da jalan tu. Korang bukan tak tahu polis kita ni cekap. Bertindak mengikut arahan yang diberikan. Dorang kira apa korang tu ulama ke, tok lebai ke, janji kerje jalan. Takkan tahu polis kita antara polis TERBAIK kat dunia ni. silap besar la korang pikir boleh redah macam tu je..
![]() |
| FRU jadi benteng negara |
![]() |
| kawat besi halang jalan |
So, kepada pemimpin2 yang berkaitan tu, boleh la pikir cara lain plak kalo nak wat perhimpunan macam ni lagi. Unsur2 hiburan tu wajib ada. Baru best bro!! Kalo tak korang rasa la lagi men air tengah jalan dengan men gas2 ubat mata tu. Kalo yang bernasib baik bleh la rasa kena gari ngan polis. Renung2kan dan selamat beramal.. =)
p/s : ada orang yang suke hati bila keadaan jadi macam ni..





8 comments:
ii desune
hehehe
(~__~) haish!! pe la kerajaan ni...jgn la cuak..bkn nye ape pon..kesian kat ak yg duk tgh2 kL ni..ape pon xboleh~
[tp, kami 1 famly kua jenjalan gak la..hahaha]
psst..weh!! intai sini
-->IDM + firefox 5???
Salam,
Come molek header..
Tahniah
sasuke : wah, lama menyepi~
kerajaan cn harem ar..sbb tu jadi smpi mcm ni. xde keadilan. ko tgk sume media ade nmpk adil die?? sume nk bck up krajaan je. smpi selebriti yg xskong krajaanpon nak band gila2. apedehal???
tu la pasal nab.. dorang ni mmg kuat mengampu~
bkn susah pon nak bagi 8tuntutan tu. bagi jela, bknnye dorang blh rugi papepon. berani kerane benar lah der...eee geram btol aku. (sejak bile nab amik tau benda2 ni??)
tu la org cakap takut dengan bayang2 sendiri~
Post a Comment