فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهدِيَهُ يَشرَح صَدرَهُ لِلإِسلٰمِ ۖ وَمَن يُرِد أَن يُضِلَّهُ يَجعَل صَدرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّما يَصَّعَّدُ فِى السَّماءِ ۚ كَذٰلِكَ يَجعَلُ اللَّهُ الرِّجسَ عَلَى الَّذينَ لا يُؤمِنونَ
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
(al-An'am:125)
Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan lagi untuk bernafas hari ini di bumi Allah ini. Dan hari ini aku berpeluang untuk menyaksikan satu detik bersejarah bagi seorang manusia yang bernama Chris William. Seorang rakyat England yang mencari rezeki di sini akhirnya telah diberi kesempatan oleh tuan empunya dunia iaitu Allah untuk menerima hidayahnya da seterusnya menjadi salah seorang penganut agama Islam yang sememangnya agama yang diredhai oleh Allah.
Setelah dua tahun menetap di sini dan berkawan dengan kawan2 yang beragama Islam, akhirnya Allah menggerakkan hatinya untuk memeluk agama Islam. Beliau sudah lama meninggalkan agama nenek moyangnya iaitu kristian dan tercari2 ajaran yang betul untuk dijadikan pegangan hidup. Akhirnya, hari ini beliau secara rasmi telah mengucap dua kalimah syahadah dan bergelar sebagai seorang muslim.
Alhamdulillah, william telah pun dibukakan pintu hatinya untuk menganut agama Islam oleh Allah kerana die tidak lagi yakin dengan agama nye dahulu tapi apakah kita yang dilahirkan sebagai seorang Islam masih tercari-cari kebenaran dalam agama Allah ini sedangkan kita tahu tiada yang agama lain yang benar selain dari Islam. Adakah kita betul2 telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam atau sekadar Islam pada nama sahaja? sama-sama kita muhasabah diri kita agar kita menjadi seorang Islam yang betul2 mendapat hidayah Allah swt..
2 comments:
alhamdulillah... :)
mmg benar sesungguhnya hidayah itu milik Yang Esa...
Semoga Allah s.w.t menjadikan kita semua dlm kalangan hambaNya yang soleh/solehah sentiasa berpegang dengan petunjuk dan hidayah-Nya.. Ameeen..
p/s: kat mane berlakunya pengislaman saudara baru kita tu?
kat masjid kg aku ni.. :)
Post a Comment