Thursday, July 28, 2011

:: Harimau di baham Singa ::

 

185372_2285456298828_1321524221_2728768_324085_n

Harapan hampir 20 juta rakyat Malaysia untuk menyaksikan skuad negara di kejohanan paling berprestij di muka bumi iaitu Piala Dunia sudah terkubur .. Penantian 37 tahun untuk sekurang-kurangnya melangkah ke pusingan ke-3 terpaksa ditangguhkan 4 tahun lagi.. Kekalahan kepada negara jiran Singapura dengan agregat 6-4 tenyata cukup mengecewakan semua penyokong negara terutamanya peminat yang membanjiri stadium keramat negara di Bukit Jalil.. Sudah agak lama kita tidak menyaksikan kebanjiran penyokong di stadium seperti malam ini.. Segala-galanya bermula dari kejayaan Malaysia di kejohanan Piala AFF disember lalu yang sekali gus mengubah persepsi peminat2 terhadap sukan bola sepak negara.. Namun, kekalahan malam ini tidak seharusnya dijadikan sebab kejatuhan semula bola sepak negara yang sedang berada di tahap terbaik sebenarnya..

Amacam? ada bakat jadi kolumnis sukan tak? haha.. poyo giler.. Mesti korang semua hampa kan team kita dah kalah ngan Singapura malam ni.. Tapi jangan la jadi cam lalang yang sorak biler menang tapi kutuk biler kalah. Mungkin belum ada rezeki untuk skuad Senior kita nak main kat peringkat tertinggi lagi. Teruskan sokongan sebab lepas ni ada kelayakan piala Asia dan kelayakan sukan asia plak..Team Harimau Muda plak dah dalam kelayakan olimpik.. itu pun dah satu tahap tinggi sebab Malaysia dah lama tak beraksi di Sukan olimpik.. masih ada pluang la nak tengok malaysia tawan dunia.. cuma kita takleh la tengok Safee main nanti..

ulas skit match tadi..Kalo kita tengok daripada dua perlawanan lawan singapura tu, apa yang paling ketara pastinya bahagian pertahanan kita.. mudah sangat bagi peluang kat team lawan.. Nak harapkan keeper je memang sakit la.. Bagi aku la, tak berapa berkenan dengan taktik coach Rajagopal tu.. tapi bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam kan.. so die taw apa yng terbaik untuk team die..walaupun aku tengok takde baik sangat pun defend tu.. hehe.. dah macam orang pro plak aku komen .. hehe.. jumpa lagi~

*jangan lupa g tengok match kelayakan olimpik nanti*

skuad-olimpik-malaysia-2011

No comments:

Related Posts with Thumbnails